TIPS Membeli kereta terpakai. Jangan Sampai Ditipu

TIPS Membeli kereta terpakai. Jangan Sampai Ditipu

Sebut saja kereta terpakai, Galeri Kereta yakin ramai sedang dalam dilema dan risau, terutama anda yang sedang tercari-cari kenderaan untuk dipandu. Pelbagai persoalan timbul sama ada kereta tersebut pernah terlibat kemalangan, enjin masih baik atau mungkin tersilap beli kereta potong. Ramai diluar sana mencari-cari tips membeli kereta terpakai.

tips membeli kereta terpakai

Galeri Kereta ingin berkongsi tips atau petua penting ketika membeli kereta terpakai (secondhand). Nak beli kereta terpakai ini memang banyak risikonya terutamanya kalau tak tahu cara-cara nak beli kereta terpakai. Sebabnya sekarang ini terdapat pelbagai cara dan tipu helah yang dilakukan oleh penjual untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian, kita perlulah berwaspada supaya tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong. Tips ini diperolehi dari teman-teman permotoran.

TIPS pastikan kenderaan tidak pernah kemalangan

  • Buka bonet tgk panel floor spare tyre nampak kesan panel kemek atau tidak. Kebiasaannya area tersebut susah nak repair nampak original disebabkan area tersebut berlekuk lekuk.
  • Tinjau harga kereta terpakai yang ditawarkan mengikut modelnya. Jika ada yang ditawarkan terlalu murah, anda perlu lebih berhati-hati kerana mungkin banyak kecacatannya.
  • Periksa bahagian luar kereta dengan melihat sama ada terdapat bayangan lekuk. Jika berlekuk, kereta itu pernah disimen yang menunjukkan ia pernah terbabit dalam kemalangan. dan jika ada nampak kesan baik pulih..maknanya pernah terlibat dalam kemalangan dari belakang.
  • Buka bonet, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka). Jika warna asal berbeza atau ada bahagian yang warnanya lebih kelam atau terang berbanding bahagian lain, kemungkinan besar kereta itu pernah terbabit dalam kemalangan.
  • Periksa bahagian dalaman kereta terpakai sama ada ia pernah mengalami kemalangan teruk atau tidak. Goyangkan stereng atau selak pelapik bumbung. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak.
  • Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu. Perhatikan jika ada sambungan.
  • Pandu uji kereta. Bawa kereta dengan tanpa membuka radio dan dengar sama ada terdapat bunyi pelik datang dari mana-mana bahagian kereta.
  • Dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat dan jenis kenderaan. Sebaiknya rujuk dengan insurans company, jika kereta tersebut pernah claim insurans atau tidak.
  • Paling penting dtg view kereta siang hari. Sila lihat firewall joint dan wheelhouse joint kalau masih ada seal yang asal.
  • Melihat bawah carpet sama ada serpihan cermin pecah atau tidak merupakan salah satu method klasik
  • Welding Point ..original welding point tiada orang yang dpt tipu..contoh wheel house …check keliling wheel house sama ada kesan welding dah tertutup atau tidak..klu masih ada maknanya tidak pernah ada  eksiden yang teruk di bahagian depan.
  • Tgk panel radiator sampai ke area lampu..ade kesan ketuk atau tidak. Area2 tersebut susah nak direpair disebabkan panel bertulang…lihat spot point panel wujud atau tidak. Spot point akan hilang disebabkan area repair disimen.

Akhir sekali, disyorkan membawa mechanic ke tempat membeli kereta kerana merekalah yang lagi mahir bab kenderaan ini.

Lihat : 10 Tips Asas Menjaga Kereta Tanpa Perlu Keluar Duit Yang Banyak